Saturday, February 22, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA PERKHEMAHAN UNIFORM DAERAH DUNGUN 2014

Hari ke 3, program perkhemahan di SK Padang Pulut. Majlis penyampaian sijil dan penutup disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Dungun, En Mohd Din bin Jusoh. Peserta-peserta ini ke perkhemahan peringkat negeri pada bulan Mac nanti di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program perkhemahan ini..








Friday, February 21, 2014

KENANGAN PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DI SK SURA

Kenangan dulu-dulu bersama Penolong Pesuruhjaya Daerah Dungun. En  Mohd Din bin Jusoh ketika beliau mengajar di SK Sura. Admin duduk di sebelah...



Thursday, February 20, 2014

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH DUNGUN 2014

Bertarikh 20 hingga 22 Februari, diadakan Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah Daerah Dungun 2014 di SK Padang Pulut. Seramai 68 peserta dari sekolah-sekolah rendah daerah Dungun menyertai perkhemahan ini. Terima kasih kepada pihak sekolah SK Padang Pulut selaku tuan rumah dan penganjur perkhemahan iaitu Pejabat Pelajaran Daerah Dungun yang diketuai oleh En Mohd Din bin Jusoh dan En Azman.
Semoga segala ilmu dan tunjuk ajar oleh jurulatih perkhemahan akan dapat dimanafaatkan oleh semua peserta perkhemahan.Admin sempat ke SK Padang Pulut pada hari semalam kerana menghantar 8 peserta dari SK Sura.













Thursday, February 9, 2012

KURSUS PERTAULIAHAN KETUA SEKAWAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU ( KETUA PEK PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH )

Salam sejahtera.
Kursus Pertauliahan Ketua Sekawan Peringkat Negeri Terengganu akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 16 - 18 Februari 2012
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kuala Terengganu
( Kem Telaga Batin )
Pendaftaran : 2.00 hingga 3.00 petang
Tamat : 1.00 petang

Seramai 20 orang ketua pengakap dari sekolah rendah terpilih Daerah Dungun akan menyertai kursus ini. Diharap peserta dan guru pemimpin bersedia untuk kursus tersebut.
Wassalam.

Saturday, July 16, 2011

JAMBORI MALAYSIA KE 12

Salam sejahtera,

Untuk semua makluman pemimpin pengakap di SMK ( semua ) dan SK ( yang terpilih sahaja ) Daerah Dungun, Jambori Malaysia ke 12 dan " Terengganu International Scout Jamboree 2011", akan diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu pada 19 hingga 25 November 2011.
Seramai 500 orang ahli pengakap termasuk pemimpin dari Kontijen Dungun akan dipilih untuk menyertai Jambori ini.
Jambori tersebut akan dihadiri oleh 16 buah negara dari rantau Asia Pasifik ( anggaran 10000- 12000 peserta ) Antara aktiviti yang akan dilalui oleh ahli-ahli pengakap ialah aktiviti kemahiran, litar berhalangan, aktiviti air,lawatan, forum, radio amatur, permainan tradisional, kraftangan, lawatan, kembara bandar dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Sekretariat Jambori Malaysia ke 12, 2011 &
Terengganu International Scout Jamboree 2011
Bangunan Pentadbiran,
Kem Pengakap Telaga Batin,
21300 Kuala Terengganu

Tel : 609-6882070 / 609- 6120075
Fax : 609-6232073 / 609-6120079

email : scoutkite@gmail.com / hqscouttrg@gmail.com

Tuesday, April 5, 2011

Pendaftaran Pengakap 2011

Salam sejahtera. Untuk makluman pengerusi pengakap sekolah-sekolah Daerah Dungun, tarikh penghantaran borang pendaftaran Pengakap 2011 sudah ditutup pada 1 April 2011. Walaubagaimanapun pihak pengurusan Pengakap Daerah telah memberi sedikit masa lagi kepada semua penyelaras yang belum mendaftar agar berbuat demikian secepat mungkin. Pendaftaran serta bayaran boleh diberikan kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Dungun, En Mohd Din bin Jusoh. Segala kerjasama tuan-tuan semua diucapkan ribuan terima kasih.

Perkhemahan Pertubuhan Badan Beruniform SK Negeri Terengganu 2011

Salam sejahtera. Aktiviti perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Negeri Terengganu 2011 telah diadakan pada hari Rabu hingga Khamis bertarikh 16 Mac hingga 19 Mac 2011 yang disertai oleh 16 buah sekolah rendah dalam daerah Dungun iaitu 2 orang peserta dari sebuah sekolah. Lokasi perkhemahan ialah di Pusat Ko-Kurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut Setiu. Waktu bertolak peserta ialah pada 9.00 pagi di perkarangan PPD Dungun dan sampai pada pukul 2.00 petang hari Sabtu 19 Mac . Tahniah kepada peserta yang menyertai perkhemahan tersebut.