Saturday, July 16, 2011

JAMBORI MALAYSIA KE 12

Salam sejahtera,

Untuk semua makluman pemimpin pengakap di SMK ( semua ) dan SK ( yang terpilih sahaja ) Daerah Dungun, Jambori Malaysia ke 12 dan " Terengganu International Scout Jamboree 2011", akan diadakan di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu pada 19 hingga 25 November 2011.
Seramai 500 orang ahli pengakap termasuk pemimpin dari Kontijen Dungun akan dipilih untuk menyertai Jambori ini.
Jambori tersebut akan dihadiri oleh 16 buah negara dari rantau Asia Pasifik ( anggaran 10000- 12000 peserta ) Antara aktiviti yang akan dilalui oleh ahli-ahli pengakap ialah aktiviti kemahiran, litar berhalangan, aktiviti air,lawatan, forum, radio amatur, permainan tradisional, kraftangan, lawatan, kembara bandar dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Sekretariat Jambori Malaysia ke 12, 2011 &
Terengganu International Scout Jamboree 2011
Bangunan Pentadbiran,
Kem Pengakap Telaga Batin,
21300 Kuala Terengganu

Tel : 609-6882070 / 609- 6120075
Fax : 609-6232073 / 609-6120079

email : scoutkite@gmail.com / hqscouttrg@gmail.com

Tuesday, April 5, 2011

Pendaftaran Pengakap 2011

Salam sejahtera. Untuk makluman pengerusi pengakap sekolah-sekolah Daerah Dungun, tarikh penghantaran borang pendaftaran Pengakap 2011 sudah ditutup pada 1 April 2011. Walaubagaimanapun pihak pengurusan Pengakap Daerah telah memberi sedikit masa lagi kepada semua penyelaras yang belum mendaftar agar berbuat demikian secepat mungkin. Pendaftaran serta bayaran boleh diberikan kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Dungun, En Mohd Din bin Jusoh. Segala kerjasama tuan-tuan semua diucapkan ribuan terima kasih.

Perkhemahan Pertubuhan Badan Beruniform SK Negeri Terengganu 2011

Salam sejahtera. Aktiviti perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Negeri Terengganu 2011 telah diadakan pada hari Rabu hingga Khamis bertarikh 16 Mac hingga 19 Mac 2011 yang disertai oleh 16 buah sekolah rendah dalam daerah Dungun iaitu 2 orang peserta dari sebuah sekolah. Lokasi perkhemahan ialah di Pusat Ko-Kurikulum Daerah Setiu, Merbau Menyusut Setiu. Waktu bertolak peserta ialah pada 9.00 pagi di perkarangan PPD Dungun dan sampai pada pukul 2.00 petang hari Sabtu 19 Mac . Tahniah kepada peserta yang menyertai perkhemahan tersebut.

PERKHEMAHAN KEMAHIRAN SK SURA 2010

Salam sejahtera, Dah lama tidak update blog ni. Berita dari Pengakap Daerah Dungun, satu Perkhemahan Kemahiran telah diadakan di SK Sura dari 22 hingga 24 April 2010. SK Sura menjemput Pejabat Pertahanan Awam Daerah Dungun sebagai satu pengisian aktiviti tersebut. Jika ada aktiviti pengakap dari sekolah-sekolah lain daerah Dungun sila maklumkan kepada Pengakap Daerah Dungun.